LAMAN CIKGU BEDAH

 SELAMAT DATANG KE LAMAN CIKGU BEDAH


 



Pandang Depan LCB




 

Tentang Kami

Selamat datang ke Sungai Rambai Gerbang Selatan Melaka
Jangan lupa singgah di Homestay Parit Penghulu,homestay terbaik Melaka 2008/2009.Dan menginap pula di Laman Cikgu Bedah, produk terbaru homestay Parit Penghulu.

Laman Cikgu Bedah (LCB), Kampung stay, rumah tradisional berbentuk limas telah dibina pada tahun 1968.Terletak di kawasan dusun buah-buah seluas 3.6 ekar, menjanjikan suasana desa yang sebenar kepada anda. Memberi peluang kepada anda untuk menggamit memori kehidupan desa yang pernah anda alami. Berilah peluang kepada anak-anak kita untuk menyusuri kehidupan nenek moyang mereka supaya mereka kenal akan akar umbinya dan tidak mudah lupa diri walau setinggi mana kedudukan mereka.

 

 

 

Lokasi

Terletak di selatan negeri Melaka dan bersempadan dengan utara negeri Johor.
Hanya 25 minit dari Bandar Melaka melalui Lebuh AMJ ke selatan ke Sungai Rambai dan masuk ke Parit Penghulu

Boleh juga melalui Bandar Muar dengan perjalanan 15 minit ke arah Melaka sehingga ke Sungai Rambai.

4 comments:

  1. Weekend baru ni, peserta homestay dari sek men Sultan Salehuddin Shah Alam iaitu keluarga cikgu Zainal menginap di LCB..
    Ada pula satu keluarga tetiba datang nak 'check in' ptg sabtu..kesian mereka. maaf ye tak dapek lah den nak menolong. Lain kali 'booking' awal ckitlah.. tk

    ReplyDelete