Tempat yang boleh di lawati

Sawah Padi 


sebagai lokasi mengabadikan saat bahagia anda




keluasannya melebihi 300 ekar membuatkan 
saujana mata memandang

selain daripada memancing kawasan sawah padi ini 
juga popular sebagai tempat "jogging" dan berbasikal 
pada waktu pagi dan petang.


Pengkalan Nelayan 


Terdapat tiga pengkalan nelayan berhampiran Sungai Rambai
- Pengkalan Leban di Sungai Rambai
- Parit Karang dan Kesang Laut di Kesang Muar

Nelayan di ketiga-tiga pangkalan ini merupakan nelayan Pantai. Jika anda inginkan ikan-ikan segar, boleh hubungi En Atan di Pangkalan Parit Karang 012- 3518783, Kesang laut En Sani  013-6916929 dan di Pengkalan Leban pula En. Talib 016- 6301004. Anda boleh membeli ikan- ikan segar dari pangkalan nelayan ini dan dibawa ke medan- medan ikan bakar seperti Umbai/Pernu, Medan Ikan Bakar Terapung Umbai atau di Anjung Batu. Mereka boleh memasaknya dengan mengenakan upah yang berpatutan.


Pengkalan Nelayan Kesang Laut


Terdapat beberapa buah gerai tempat memasarkan tangkapan nelayan.



En. Sani menunjukkan ikan jenak  hasil tangkapan nelayan Kesang Laut


Rumah Demang Abdul Ghani
Saksi dan  nikmati keindahan seni bina gabungan antara Melayu dan Cina yang masih utuh   di rumah ini.
Keunikan ruang serambi rumah Demang

Rumah Demang Abdul Ghani terletak kira-kira 15 km dari Sungai Rambai. Rumah ini mempunyai keunikannya tersendiri dan untuk maklumat lanjut anda boleh lawati ke laman web ini  Rumah Demang.